KUALA LUMPUR: Pereka grafik dan aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin atau dikenali sebagai Fahmi Reza dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen hari ini daripada pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik di media sosial berhubung isu pengharaman penjualan minuman keras di negara ini.
Hakim Nor Hasniah Ab Razak membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal peguam N Yohendra yang mewakili Mohd Fahmi Reza, 45, selaku Orang Kena Saman (OKS) terhadap pertuduhan yang dihadapi anak guamnya.
"Mahkamah melepas tanpa membebaskan OKS daripada pertuduhan selepas mendapati pertuduhan tersebut adalah cacat dan tidak berasas," kata Nor Hasniah pada prosiding yang turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang
Pada 30 Ogos lepas, Mohd Fahmi Reza mengemukakan bantahan awal terhadap pertuduhan berkenaan dengan alasan pertuduhan itu tidak mengandungi butiran yang mencukupi, cacat serta bercanggah dengan kehendak di bawah Seksyen 153 dan 154 Kanun Tatacara Jenayah.
Pada 17 Feb lepas, Mohd Fahmi Reza mengaku tidak bersalah atas pertuduhan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya berhubung isu pengharaman penjualan minuman keras di negara ini, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui laman Facebook miliknya menggunakan profil "Fahmi Reza" pada 11.45 pagi, 1 Jun 2021.
Hantaran itu kemudian dibaca di sebuah unit Pangsapuri Melur, Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul di sini, pada 9 pagi, 2 Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 14 2022
Fahmi Reza dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen hari ini daripada pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik di media sosial berhubung isu pengharaman penjualan minuman keras di negara ini. - Gambar fail/BERNAMA
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiada kebenaran diberikan kepada Fahmi Reza - USM
Tiada permohonan daripada mana-mana pihak termasuk Mohd Fahmi sendiri berhubung program yang dinamakan sebagai Kelas Demokrasi Fahmi Reza @ USM itu.
Fahmi Reza dilepas tanpa dibebaskan tuduhan buat hantaran jelik di media sosial
Ia berhubung pertuduhan penghantaran komunikasi jelik di media sosial berhubung isu pengharaman penjualan minuman keras di negara ini.
Kes komunikasi jelik: Fahmi Reza kemuka representasi kepada Jabatan Peguam Negara
Surat representasi itu dihantar kepada Jabatan Peguam Negara semalam (28 April) dan salinan asal representasi itu telah diserahkan kepada pihak pendakwaan hari ini.
Fahmi Reza ditahan polis, muat naik karikatur monyet berseragam istana
Aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin atau dikenali sebagai Fahmi Reza hari ini ditahan kerana dipercayai memuat naik karikatur monyet berpakaian seragam istana berwarna kuning di Facebooknya semalam.
Fahmi Reza didakwa lagi buat hantaran jelik di media sosial
Mohd Fahmi Reza mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy.
Fahmi Reza didakwa buat hantaran jelik berhubung isu kuarantin menteri di Twitter
Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
Fahmi Reza ditahan polis, isu karikatur kontroversi 'Keluarga Malaysia'
Pereka grafik kontroversi, Fahmi Reza sekali lagi ditahan polis melibatkan karikatur -Keluarga Malaysia- yang merupakan slogan digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Poster sardin: Polis panggil Fahmi Redza minggu hadapan
Polis akan memanggil aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza minggu hadapan berhubung kontroversi poster sardin dan ayam.
Isu poster 'sardin': Polis buka siasatan terhadap Fahmi Reza
Polis membuka siasatan terhadap aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza berhubung kontroversi poster 'sardin dan ayam' melibatkan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.